mszh-CNenth
A- A A+
  • BannerInfog9Terass.jpg
  • BannerPemberitahuanKaunter02s.jpg
  • BannerStatistik2018.jpg
  • BANNER_MEMANAH_3x8.jpg
  • epsa-2019.jpg
  • Tahniah_Muhyidin.jpg
  • Tahniah_Rashid.jpg
  • webbanner-MOE-2.jpeg
  • WhatsApp_Image_2020-03-10_at_211122.jpeg
loading...
loading...
  • 1_1MOCC_BM.png
  • 2_1MTC_BM.png
  • 3_MYGOVMOBILE.png
  • 4_1GOVUC.png
  • 5_SSR.png
  • 7_PDSA.png
  • 9_BETA.png
  • 10.DDSA.png
  • 11_GAMMA.png
  • 12_EKSA.png
  • 13_HISA.png
  • 14_MYCIO.png
  • 15_MYIDENTITY.png
  • 17_1GOVNET.png
  • 18_1GOVEA.png
  • 21.-DRSA.png
  • DDMS2.0.png
  • kik.png
  • kwaict.png
  • malaysia-biz.png

AMANAT PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BALING 2020

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Segala puji kehadrat Allah Subhanahuwata’ala.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta sahabat-sahabat Baginda

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Ke hadapan warga Pendidik Daerah Baling
Saya berdoa agar Allah S.W.T.  melimpahkan kebahagiaan dan kesejahteraan ke atas kita seisi keluarga.

Dengan penuh takzim, tulus ikhlas dan hajat yang besar saya mewakili
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Baling ingin menitipkan secebis amanat tentang kerja buat kita pada tahun 2020 agar menjadi kebajikan dan beroleh keberkatan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan pada tahun 2019. Pelbagai kejayaan telah dikecapi sepanjang tahun 2019. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan kalian.

Sesungguhnya, sepanjang pentadbiran saya di Pejabat Pendidikan Daerah Baling, kerjasama yang diberikan oleh warga pendidik Baling amat baik. Saya amat menghargai kerjasama dan komitmen yang telah diberikan. Harapan saya pada tahun 2020, kita terus sederap memacu kecemerlangan pendidikan di daerah ini. Justeru, kita harus terus muhasabah diri demi meningkatkan kecemerlangan pendidikan di daerah Baling ini.

Saya menyeru kepada warga Pendidikan Daerah Baling agar memperkasakan semua barisan kepimpinan yang ada. Bermula di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Baling sendiri sehinggalah kepada barisan kepimpinan yang berada di sekolah. Mengupayakan kepimpinan PPD dan sekolah adalah selari dengan strategi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) kementerian. Peranan Kepimpinan sebagai teraju sekolah adalah sangat penting. CPD yang sistematik dan berkesan haruslah dirancang. Instrumen SKPMg2 hendaklah dijadikan instrumen utama dalam mengurus sekolah dan menjadikan sekolah berkualiti. Selain itu, kefahaman kepimpinan sekolah tentang Big Data dan Analisis Data perlulah diperkukuh.

Pihak sekolah harus memahami peranan PPD dibawah penstrukturan baru. PPD sebagai Support System kepada sekolah. Tugas pegawai PPD membantu, membimbing, memberi konsultasi kepada sekolah. Semua warga sekolah harus menerima dengan hati yang terbuka kehadiran pegawai-pegawai PPD sebagai elemen yang akan membantu sekolah. SIP+, SISC+, Pegawai-pegawai PPD adalah pendamping sekolah bukan pemantau sekolah.

Kepimpinan sekolah haruslah meletakkan halatuju yang jelas dan berfokus. Halatuju ini hendaklah dikongsi dan difahami oleh seluruh warga sekolah. Warga pendidik perlu berupaya membezakan antara sasaran yang berfokus dengan program rutin yang dijalankan setiap tahun. Sasaran yang diletakkan oleh kepimpinan sekolah hendaklah diberi keutamaan. Setiap pemimpin mempunyai visi dan misi yang hendak dicapai berdasarkan perancangan strategik yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, dalam usaha hendak mencapai sasaran yang ditetapkan, pihak sekolah juga perlu melihat kekuatan dan kemampuan yang ada. Gerakkan sekolah mengikut kemampuan dan wujudkan suatu persekitaran yang menyeronokkan.

Kita adalah satu pasukan, PPD, PGB, SLT, MLT, Guru-guru, Anggota Pelaksana dan komuniti. Binalah hubungan yang baik dan harmoni sebagai satu pasukan. Kawal emosi dan komunikasi dalam setiap tutur kata. Elakkan perbuatan dan perkataan yang mengguris dan menyentuh hati mana-mana pihak. Saling bekerjasama ke arah kemenjadian murid. Setiap kita ada peranan dan tanggungjawab. Saling berfungsi dan lengkap melengkapi.

Budaya Buka Sekolah – sambutlah murid-murid dengan riang dan gembira. Raikan kehadiran mereka pada hari pertama persekolahan 2020.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat “BALING MEMACU TRANSFORMASI”

Salam kasih mesra buat kulawangsa Pendidik Daerah Baling.

Ingatan ikhlas daripada,


FAKHRURAZI BIN ABDUL MAJID  KMN, AMK.
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Baling,
Kedah Darul Aman

PEJABAT PENDIDIDIKAN DAERAH BALING

Tel:   04-470 4344   Faks: -   Emel: ppdbaling@moe.gov.my

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah Baling  adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai ejen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Baling.

Pelawat Hari Ini : 2

Pelawat Bulan Ini : 84

Jumlah Pelawat : 29305