Log in Register

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Laman UtamaSoalan lazim

Soalan Lazim

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan stor?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009: Tatacara Pengurusan Stor (PP Bil. 5/2009). Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

KATEGORI STOR

 

Kategori Stor         Kriteria
Pusat
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal barang-barang melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Depot Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.
 
Utama
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal baranag-barang keperluan pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Stor utama di Kementerian dan Jabatan.
 
Unit            
 
 
Menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek dan guna terus (tidak membuat perolehan bekalan dan bergantung hanya kepad Stor Utama).

 

 

 

Bagaimanakah cara memohon ke SMKA/KAA Negeri Kedah ?

Waris dan murid tahun 6 boleh memohon melalui hebahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui website public.moe.gov.my 

Bagaimana anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?

Anda hendaklah mengisi borang permohonan di sekolah. pihak sekolah akan proses borang permohonan secara on-line. 

Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?

Tindakan Sekolah :
1. Pegawai yang mengetahui / menyedari kehilangan harus melaporkan kepada Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua) dengan serta merta.
2. Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui.
3. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan 7 salinan “Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan”(KEW.PA.28) dalam tempoh 2 hari bekerja dan seterusnya menghantar Laporan tersebut dan salinan Laporan Polis terus kepada:

i. Kementerian Pendidikan Malaysia
   Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
   Aras 5, Blok E2, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62604 Putrajaya.


ii. Pengarah
   Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
   Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
   05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
   (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iii. Pegawai Pendidikan Daerah
    Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
    (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iv. Bahagian Kewangan Dan Pemantauan
     Tingkat 4, Blok Selatan
     Kompleks Kementerian Kewangan
     Presint 2, 62592 Putrajaya.


v. Akauntan Negara Malaysia,
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Bahagian Pembangunan, Perakaunan Dan Pengurusan
    Aras 7, Lot G1A, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya.


vi. Jabatan Audit Negara (Cawangan Pendidikan)
     Kementerian Pendidikan Malaysia
     Aras 9, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62604 Putrajaya.


vii. Bahagian Audit Sekolah
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Tingkat 17, Wisma KWSG, Jalan Kampong Attap
      50604 Kuala Lumpur.


4. Tindakan seterusnya (pelantikan pegawai penyiasat, siasatan dan penyediaan KEW.PA-30) akan dijalankan oleh Unit Perolehan Dan Aset PPD / JPN mengikut arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Bagaimanakah saya hendak masuk ke tingkatan 6 bawah jika tidak mencukupi syarat?

Anda hendaklah mengisi borang rayuan (Borang T6BKK) dan hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk diproses.

Adakah perolehan buku-buku perpustakaan perlu didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Aset?

Buku-buku perpustakaan tidak perlu diuruskan mengikut PP Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pendaftaran buku tersebut hendaklah mengikut rekod yang telah diwujudkan sendiri oleh Perpustakaan.

Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?

Penempatan murid di sekolah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah.

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?

Pertukaran guru terlatih boleh dibuat pada bulan September bagi kelulusan Januari manaka bulan April bagi kelulusan Jun.

Apakah maksud “aset alih”, “aset tak alih” dan “aset hidup” ?

Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

Aset Tak Alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan.

Aset Hidup bermaksud aset bernyawa iaitu tumbugan, haiwan dan ikan. Contoh aset hidup seperti tumbuhan lanskap, haiwan zoo dan haiwan keperluan penyelidikan dan operasi.

Bilakah pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat?

Pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat di sekolah  pada bulan Mac setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun. 

Bagaimana hendak bertukar dari sekolah persendirian / swasta ke sekolah bantuan kerajaan?

Permohonan hendaklah dibuat kepada Unit Pengurusan Sekolah dengan  mengisi borang permohonan ASBS bersama dokumen / salinan yang berkenaan sebelum kelulusan diberi. 

Error
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 796
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 804
  • JUser: :_load: Unable to load user with ID: 791

Aktiviti Sekolah Pilihan: SMK BALING

 TOYOTA ECO YOUTH CHALLENGE

SMK Baling telah mencipta sejarah tersendiri pada tahun 2018  ini  apabila  pengetua  berkaliber, Pn. Hjh. Zahara bt. Ismail telah menawarkan diri mewakili negeri Kedah Darul Aman bagi mengetuai cabaran Toyota Eco Youth ini. Untuk tujuan itu, beliau telah memberi peluang kepada enam orang pelajar tingkatan 4 sekolah ini menyahut cabaran menukar sikap masyarakat dan mencetus idea “OUR WASTE OUR RESPONSIBILITY”.

Tema ini bermaksud sampah kita adalah tanggungjawab kita. Pelajar-pelajar ini memilih Tapak Pasar Malam Jerai sebagai tapak projek mereka.

 Maklumat lanjut: https://instagram.com/smkbaling.tey

43

44

45

46

47

48

49

50

51

«
»

Statistik Pelawat

483107
Hari ini
Semalam
Minggu ini
Minggu lepas
Bulan ini
Bulan lepas
Jumlah
55
51
171
253
952
479660
483107
IP anda: 54.162.133.222
Masa: 2018-10-24 03:20:11

Cadangan Anda

Go to top